ILPNT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ILPNT

Salam Muhibbah, Salam Kekasih, Salam Perkenalan Buat Semua
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Poligami bela nsb wanita?

Go down 
4 posters
AuthorMessage
aLa c4rt3

aLa c4rt3


Posts : 23
Join date : 2009-03-04
Location : upsky downland

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyFri Mar 06, 2009 12:33 am

Ada wanita yang mengatakan hukum poligami tidak sesuai dan tidak perlu dipraktikkan, anggapan ini pastinya salah, dan kerana salah anggap inilah kaum wanita begitu takut dan berasa dirinya tersisih jika suaminya berkahwin lagi. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

Akan datang suatu zaman di mana lelaki diikuti oleh empat puluh orang wanita, meminta perlindungan kerana sedikitnya lelaki dan ramainya wanita.?

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah kira-kira 1400 tahun dahulu kini sudah mula terjadi. Rata-rata di seluruh dunia bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Andal usia menjadi masalah kepada masyarakat masakini, ramai anak dara yang sudah lanjut umurnya tidak berjaya menemui pasangan hidup kerana ramainya wanita melebihi lelaki.

Sebagai individu muslim, kita seharusnya membuka mata dengan luas mengapa ramai wanita yang sudah lanjut usianya masih tidak mempunyai pasangan hidup. Sedangkan keinginan berkahwin adalah satu fitrah yang murni jika tidak dipenuhi manusia akan mengalami tekanan atau kekosongan jiwa yang berterusan. Fikiran terganggu, malu pada cemuhan masyarakat dan hari tuanya akan dilihat begitu kosong dan amat menyusahkan.

Memperjuangan iman dan tunggak utama dalam kehidupan berpoligami, jika bukan kerananya, usahkan poligami, hukum-hukum Allah yang lain juga tidak mampu untuk diperjuangkan. Imanlah yang mendorong wanita bahawa poligami itu baik, cantik dan berfaedah kepada manusia, masyarakat dan agama. Memang tidak dinafikan adaranya rasa sakit bagi wanita berpoligami, tetapi hati yang takut dengan azab Allah akan menjadi tenang, dan hati akan menjadi benteng diri daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik.

Iman akan memujuk nafsu jahat agar tunduk dan tidak bersikap liar terhadap suami dan madu. Inilah mujahadah namanya. Mujahadah dalam menundukkan kekuatan nafsu dan pujukan syaitan uyang sentisa mencari peluang menjerumuskan kita ke dalam neraka. Kah untuk beriman adalah hak untuk semua orang. Bukan terbatas untuk orang tertentu sahaja. Ini kerana Allah telah memberi peluang kepada setiap hati. Firman Allah Yang bermaksud :

Dan sesungguhnya kami telah menunjukkan kepada dua jalan, jalan kebaikan untuk dijalani dan jalan kejahatan untuk dijauhi.
(Al-Balad ayat 10).

Bagaimana iman dapat menjayakan poligami? Jawapannya bila rasa takut mendalam di hati, manusia itu akan takut melakukan peranga-perangai yang buruk iaitu yang mendatangkan dosa. Walaupun nafsu meronta-ronta untuk melakukan perkara yang mungkar, tetapi iman dan takwa dapat mengawal. Justeru itu wanita yang dapat menerima poligami dengan baik dalam hidupnya adalah tergolong dalam golongan irang-orang yang beriman,

Iman yang kuat di dada akan menjadikan badan yang sakit, sihat. Demi mendapatkan badan yang sihat seseorang terpaksa menelan ubat walaupun pahit. Demikianlah sikap orang mukmin dalam menerima takdir, walaupun pahit namun kerana yakin takdir itu untuk keselamatan untuk kehidupan lahir dan batin mereka menerimnya dengan sabar. Wanita yang tabah kerana di madu sanggup melawan nafsu yang mengajak kepada kejahatan untuk taat keputusan Allah, iaitu hasil mujahadah iman dan takwa. Itulah sumber kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dengan kuatnya keyakinan seseorang pada janji Allah, yakin rasa ingin selamat kepada keselamatan di dunia dan di akhirat akan mendorong seseorang untuk melakukan amal soleh. Orang yang beriman sentisa sensitif dan serius dengan Allah. Matlamat hidupnya semata-mata untuk Allah yang menciptanya. Sesuatu yang disukai Allah tetapi amat menyakitinya akan diterima dan dilaksanakan dengan redha. Sebaliknya sesuatu yamh dibenci Allah, walaupun terlalu diingini akan ditinggalkannya. Sebab keredhaan Allah itu lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Dia tahu allah Maha Pengasih dan bermaksud baik padanya.

Dengan sifat redha, poligami akan dirasakan sebagai jihad pengorbanan fisabilillah. Kesakitan dan kekurangan yang ditanggung kerana menunaikan perintah Allah dikira sebagai penghapus dosa dan mengurangkan hisab di padang mahsyar. Ujian-ujian dalam gelanggang poligami meletakkan mereka dalam gelanggang mujahadah. Apakah selain dari iman yang ada sebagai pendorong yang menjadikan wanita memandang poligami sebagai perkara yang baik dan berfaedah?

Ilmu pun tidak menjamin seseorang menerima hakikat poligami, kerana kita lihat masyarakat orang berilmu dan para cendiakiawan yang paling ramai menentang poligami. Wang? Pun tidak, manusia yang diumpan dengan wang akan menjadi bertambah rakus dan tamak, bergaduh sesama sendiri. Sihir? Lebih-lebih lagi tidak, kerana mereka yang banyak bermain sihir paling banyak masalah dan penderitaannya. Dari itu sebagai wanita kita tidak akan nampak perkara-perkara lain yang akan mengindah dan mencantikkan poligami selain dari IMAN.
Back to top Go down
akai

akai


Posts : 418
Join date : 2009-03-02
Age : 37
Location : Haa...

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyWed Mar 11, 2009 6:06 am

kureng paham ler... ada sapa2 blh ringkaskan skit?
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
aLa c4rt3

aLa c4rt3


Posts : 23
Join date : 2009-03-04
Location : upsky downland

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyWed Mar 11, 2009 9:22 pm

yg aku phm..
poligami ni adalah m'bela nsb wanita..
pmpn kn lg ramai dr lelaki..
so sbb 2 kuota laki utk kawin more than 1..
bela 2 dr segi p'lindungan kot..
cth ibu tunggal..
klu ade laki ln nk kawin ngan die..
slmt la die dr fitnah org..
phm2 la nsb "JANDA"
Back to top Go down
brokeurhead

brokeurhead


Posts : 43
Join date : 2009-03-04
Age : 38
Location : SoMe wHere i BeLOnG

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyWed Mar 11, 2009 10:00 pm

perGhh..biLE LAki dgr Mcm ni soNOk nAK kwin..tP mereKA x sedAr
adaKAh mMpu MereKA mEnyara biNi yg RAMAi
Back to top Go down
skorupt

skorupt


Posts : 272
Join date : 2009-03-01
Age : 35
Location : Catalyst Pc Zone, Bandar Baru Perda, Penang

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyWed Mar 11, 2009 10:05 pm

Haha akai.. mcm ni la.. wa suka janda maa... so itu juga dikategorikan membela nasib wanita.. tpi jgn la janda kaki clubbing lak.. tu mmg patut mnjanda sampai mampos.. hahaha.. so the konklusi di sni.. sblm nk minat mna janda nak wat bini tu selidik dlu la the main things.. Why her husband kick her out from marriage life.. kalu janda laki mati ok.. but not for salalabish.. huahua chihuahua.. lol! lol! afro Basketball bounce
Back to top Go down
akai

akai


Posts : 418
Join date : 2009-03-02
Age : 37
Location : Haa...

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyThu Mar 12, 2009 6:45 am

owh... macam tu... What a Face
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
akai

akai


Posts : 418
Join date : 2009-03-02
Age : 37
Location : Haa...

Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? EmptyWed Apr 29, 2009 9:38 am

pig mu
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
Sponsored content





Poligami bela nsb wanita? Empty
PostSubject: Re: Poligami bela nsb wanita?   Poligami bela nsb wanita? Empty

Back to top Go down
 
Poligami bela nsb wanita?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» perlindunagn wanita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ILPNT :: Perbincangan Terbuka :: Sudut Agama-
Jump to: